Tuesday, November 10, 2009

Pengapit


DAH LAMA TAK TENGOK LUQMAN SENYUM... SEMUA NAK TENGOK ITU SEBAB UPLOAD

Menjadi tetamu di Segamat


TENGOKLA GAMBAR keluarga tak ramai jadi bolehla masuk semua

Kali ini kami sebagai tetamu, tak ramai yang dapat pergi sana, kak paridah sedang buat haji, abang uzied pun sikit hari lagi dah nak berangkat, semua sibuk. Jadi yang suka jalan ni apa lagi nila la peluang nak sampai ke Tangkak yang belum pernah sampai.


Acara makan kendurinya rilex and santai. Tak banyak pun adat ynag kena ikut, jadi terasa macam kampung sendiri la pulak. Suasana kampung apa ye.. lupa lak nak tanya... tenang aje, depan rumah ada pokok manggis lagi... mesti best waktu pagi, hening aje. terasa kadar kandungan oksigen yang banyak, segar... panjang umur penduduk di sana.... Ops out of topic... nasib baik BM ku tak fail.

Senang sekali kami di sana... cek Uzied tu kecoh nak balik cepat... tak sempat nak bersoreh panjang... maka kami pun balikla. di bekalkan nasi.. alhamdulillah bekalan untuk makan malam. memang si Aiman 4 kali makan malam tu... katanya LAPAR.


Mak Andam dalam family kami adalah si Zarina, dia yang kaki make-up nya. Kena selalu pesan jangan tebal... biar nampak natural...





Inilah bakal naik pelamin lak. Yang paling hampir... Fatin

Melaka - Segamat

Dari Melaka singgah Segamat, sempat lagi shopping di tangkak. MURAH, MEMANG MURAH. separuh hargala juga.tapi tak banyak yang boleh di beli kecuali kain ela.




Melaka memang bandar percutian, banyak aktiviti yang boleh kita lalakukan asalkan ada duit semua boleh cuba. bermula di bandar hilir, pergi a famosa, bangunan Belanda,naik beca, cruise sepanjang sungai Melaka, Melihat kampung morten, pokok melaka, then naik menara Taming sari dan berjalan di dataran pahlawan. itu saja di banda hilir, muzium samudra yang berhampiran pun tak sempat nak naik, keletihan.

-h/P1040061.JPG">


esoknya seharian ke kenduri Cik B, jadi tak banyak leh lawat Melaka. odw balik singgah tangkan , lawat Taman Buaya, malamnya g Dataran Pahlawat lastly lepak kat kedai makan satay padang...ehemmm tak kena selera. Kurang minat

Melaka perlu di masukkan dalam senarai lawatan ke Malaysia






letih jalan tak terasa, esok pagi kembali segar, terus lagi aktiviti jalan-jalan. kali ni kami tidur d MAHKOTA HOTEL, apartment 3 bilik. bagus dan besar.. kos agak mahal 435 satu malam.

Monday, November 9, 2009

Cik B Kawin




Alhamdulillah semuanya telah selesai. Rasa gumbira sangat, berjaya menjadi 'floor manager" untuk majlis kawin. Bagi ku ianya sangat berjaya dengan bantuan yang di berikan oleh Allah, kehadiran rakan-rakan b yang ramai menolong memberi satu pengajaran, IKHLAS! IKHLAS! Teringat crite kiamat sudah dekat.hehehe...





Balik crite B, ehemm ..sedang bercuti di kaki Gunung ledang, kami pun rasa seronok selain dapat sampai ke Segamat, dapat gi Tangkak, shopping bagi yang hantu Shopping, Melaka banyak habis duit, ada duit boleh merasa semua benda.. Cuti Sakan.

Banyak betui hadiah ... lengkap satu dapur... masak B masak

Ops... balik crite B, baru dua minggu kawin akan ke Mekah pulak, baguzla, semoga Allah merahmati kehidupan B sekeluarga. Semuga Ammu Din banyak bersabar. Bukan senang nak senang. Go rubi Go.

Wednesday, October 7, 2009

Lampu ku



Dah lama nak ada lampu liplap...akhirnya setelah sekian lama menunggu barula aku dapat. Itupun kena panggil wireman. eeee... suka-suka-suka. kalu aku kecik kecik dulu bah selalu pasang tanglung dan lampu liplap, baru ada kemeriahannya. Thank you hubby ku...walupun dah berbelas tahun menunggu ...berbaloila.

Thursday, October 1, 2009

Raya 2009

Ehhhh..ramadhan dah berakhir... pastinya kita tak sabar menunggu ramadhan seterusnya. bagi anak anak hari ini yang di tunggu. Sibuk mereka tanya balik mana dulu, alor setar ke rumah opah dulu. Sejah mak dengan bah dah arwah kami sekeluarga meraya di rumah Opah dulu. raya kedua baru balik ke alor setar.

kali ini okay juga seperti di tahun-tahun yang lalu, mungkin bertambah rumah yang diziarahi. Bagusla juga ... bertambah rapat dan mampu mengeratkan hubungan.

Anyah dan Noni meraya di Qatar. dari malam raya lagi anak anak ni dok ber vidoe conference ngan nabila
Raya Kedua dah balik Alor Setar, esoknya si fadiah tu nak bertunang. kali nie abang uzied yang dah lama menyepi diri pulang ke Mergong. wahhh ... best la tengak semua ada. Alhamdulillah

Sea food masak sos barbeque

udang, ketam atau kepah
4 ulas bawang putih (mayang)
3 ulas bawang merah (mayang)
4 biji cabai melaka (diketuk)
serai di ketuk
2 biji cabai merah di potong potong
1 biji tomato
4 sudu sos tomato
4 sudu oriental barbeque sos
garam gula
tumis bahan dam msukkan ketam dan semua sos. tambah perasa.

Puding fruit cocktail berkuah

Kastad
1 cawan kastad
4 cawan air
5 sudu susu pekat
2 sudu gula
4 sudu kismis

semua bahan dicampurkan dan dimasak dengan api yang amat perlahan dan sentiasa sdi kacau

Kuah
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair ideal
3 sudu air gula

campurkan semua dan hidang sejuk sejuk

Saturday, August 29, 2009

1st. Ramadhan


Hari pertama puasa kali ini Noni berlepas ke Qatar, kami tak dapat ngantar dia sekeluarga, Lan deman, tak daya nak bawa kreta. hanya doa aje yang mampu kami iring dia sekeluarga ke sana. Selagi kita hidup perjuangan harus diteruskan tak kiralah di mana kita berada.

Hari tu juga memberi pengajaran yang paling besar buat irfan, dia tak sabar nak buka puasa, di tambah pula ada lauk favorite dia, ikan keli... apa lagi baru masuk beberapa suap dah tercekik tulang ...kesian sangat, perut masih kosong.. dah tak dapat nak telan, sakit katanya..maka keluarla juga petua-petua antarabangsa antaranya, irfan kena pusing pinggan dan berselawat sehingga hilang rasa sakit, kedua minum air dari tudung periuk. kesian betui.. terlepok , tak larat nak makan ... air mata aje yang mampu mengalir .

Alhamdulillah, dengan izin Allah akhirnya dia dah tak sakit lagi, tapi dah hilang untuk selera makan.

Esoknya dia dah tak berani nak makan cepat-cepat, sikit aje makanan yang di sentuhnya, katanya SABARRRR... mudah-mudah dia ingat sampai bila-bila.

Ramainye cucu opah berpuasa

Dah masuk hari yang ke lapan barula sempat bebuka di rumah Opah, dah lama tak berkumpul ramai-ramai. Hari ni menu dari Ita dan Azmeer, tak cukup pasar Ramadhan Sungai siput, di tambah lagi dengan pasar Ramadhan Kuala. Memang seperti jangkaan suamiku, kalau bagi Ranita beli, memang tak penah sikit, jadi aku tak jadi nak tambah banyak-banyak kuih.

Bila kami sampai waktu berbuka baru aje masuk,... memang seperti yang dikatakan ... macam-macam ada. Ye la orang KL balik kampung. Kalau ada anyah and Noni lagila, penuh rumah, kali nie dia orang berpuasa di Qatar, pekena nasi Arab. Si An and Joe pun tak dapat balik.. yang ada kat rumah nie pun dah rasa riuh sangat. kali ini anak-anak sibuk main kat luar, dah tak duduk depan TV, asyik main basikat si Nabila dengan yana. Seronok dia orang... besar pahala si yana ngan Nabila...

Nampaknya Luqman akan jadi iman tetap cucu-cucu opahla, kalu tak ada Luqman mungkin si Yasser(get ready)..Alhamdulillah, dah lahir sorang iman dalam keluargaku...


Peristiwa menyayat hati kali ini bila tengok si Putih kena menangis bila tangannya masuk selumbar. sian dia nangis sampai tertidur.




Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kami sekeluarga jarang buka puasa dirumah... asyik buka puasa di surau, bukau tujuan nak save belanja, tapi banyak kelebihan, semuga mendapat rahmat Allah ta'ala.

Monday, August 24, 2009

Kek pertama Kak Yang and Kak Ngah



Dalam kesibukan urusan harian berkerja, aku lupa anak-anak ku yang sedang bercuti dan berpuasa di rumah. Tiba-tiba ring tone talipon aku berbunyi."HOME"...emmm apala pulak ni. "Ibuuu. boleh ke Kak Yang buat kek? hemmm.. apa ye nak aku cakap, tahu ke nak buat tu? k.yang tahu. oklah . Aku bagitau resipinya dan aku yakin dia boleh buat, walaupun dalam hati aku tak yakin tekniknya tak akan betul. untuk ikut resipi memang senang, tapi nak dapatkan tekniknya aje yang susah. memang aku yakin kek ini tak akan menjadi, tapi kalu dia tak cuba dia tak akan tahu. Biarla rugi sikit tak apa... asal dia belajar dari kesilapan dia. Dari segi keselamatan aku yakin kerana ada maid yan boleh tolong tengokkan, dan lagi aku sokongan kuat dari kak ngah yang selalu kena buli dengan k.yang.. sure tak jadi masalah.

Yang pastinya dia berani nak mencuba.
baru aku teringat , agaknya dia kesian kat Hasanah yang buat kek tak jadi, jadi dia pun nak buat bagi kat Hasanah, maka dapatla Hasanah rasa juga walaupun bantat...GOOD WORK KAK YANG and KAK NGAH

Monday, August 17, 2009

Ramadhan sudah hampir..

Article in dari satu blog,
bagus sangat, ... mohon dikongsi bersama


Bersedia Ramadan datang lagi
Email oleh : hazlan hj. mohammad
Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON

RAMADAN bakal menjelang lagi. Peluang keemasan ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua umat Islam dengan sebaik-baik mungkin. Malah kita perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup untuk membangkitkan motivasi agar dapat beramal dengan lebih baik.

Justeru, kita perlu memperbaiki azam untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Antaranya, kita perlu memperbetul dan memperelokkan niat.

Kita perlu ikhlas bahawa ibadah ini demi Allah SWT semata-mata. Niat yang betul kerana Allah berupaya mendorong kita untuk lebih berusaha memperoleh pelbagai ganjaran.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan dinilai berdasarkan niat dan bagi setiap orang apa yang dia diniatkannya. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna, kita perlu menumpukan kepada usaha mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah dan bukannya berlumba-lumba membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Perkara kedua ialah kita perlu bersedia daripada segi fizikal, mental dan material bagi meraih bonus yang tidak terhingga di bulan Ramadan. Umat Islam disaran menjaga kesihatan tubuh badan agar dapat berpuasa di siang hari.

Mereka juga perlu bersedia daripada segi mental untuk melawan nafsu tidur, makan dan keinginan lain yang boleh mengurangkan pahala ketika berpuasa.

Begitu juga seseorang perlu bersedia daripada aspek kewangan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa. Nabi Muhammad bersabda: Barang siapa yang memberi iftar (jamuan untuk berbuka puasa) nescaya akan diampunkan dosanya dan dibebaskan daripada api neraka.

Ketiga, kita perlu berazam untuk tingkatkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi ibadat puasa. Ini bermakna, kita perlu berazam untuk meningkatkan kualiti puasa. Ia boleh dilakukan dengan tidak membataskan puasa hanya dengan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Sebaliknya ditingkatkan dengan menjaga seluruh pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat. Di samping itu perkara-perkara wajib yang lain seperti sembahyang fardu dan menutup aurat juga turut dilaksanakan.

Keempat, kita perlu berazam untuk diberi peluang beribadat di malam Lailatulqadar. Ia adalah malam kemuliaan yang datang sekali setahun. Malam yang pahala beribadah padanya menyamai 1,000 bulan atau kira-kira 83 tahun 4 bulan. Justeru setiap individu Muslim perlu mempersiap diri untuk menjejaki malam itu.

Dan yang kelima, kita perlu sentiasa berharap dan berdoa agar ibadah puasa diterima oleh Allah. Setiap umat Islam perlu menaruh harapan tinggi agar puasanya diterima.

Oleh itu, kita digalakkan memperbanyak amalan sunat seperti bersedekah, tadarus al-Quran, iktikaf di masjid dan sebagainya bagi menampung kecacatan dan kekurangan ketika berpuasa.

Akhirnya diperingatkan juga agar sesiapa yang masih berhutang puasa agar segera mengqada puasa berkenaan. Kegagalan melunaskannya kemungkinan menyebabkan seseorang dinafikan daripada berbagai-bagai keistimewaan yang disediakan oleh Allah SWT di bulan Ramadan.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Berakhir sudah...


Alhamdulillah... hanya Allah saja yang mengetahui cabaran dan rintangan yang dilalui, sememangnya sukar, tiada jalan mudah ... ia banyak mengajar erti perjuangan. berbeza sekali disaat ijazah sarjana muda...Terlalu banyak ilmu yang dipelajari. nasihatku MASTER memang sesuai untuk mereka yang telah lama sibuk bekerja hingga lupa akan ilmu terkini bolehla masuk balik, boleh refresh and gain updated knowledge.


buat keluargaku yang disayangi, terima kasih diatas kesabaran dan sokongan yang sentiasa diberikan, buat adikku yang tak jemu melayan pemintaan ku, buat abangku yang sentiasa membuka pintu untuk peginapanku, terima kasi banyak-banyak dan buat makmenku, terima kasih menemani suami dan anak-anakku. Sebenarnya ramai orang yang aku berhutang budi, tak mampu untuk aku membalas budi, aku hanya mampu berdoa semuga Allah sentiasa merahmati kehidupan mereka yang sentiasa menghulurkan budi

TERIMA KASIH SEMUA

Sunday, August 2, 2009

Birthday Irfan yang ke 8

tahun nie Fan dah tak malu-malu lagi nak sambut b'day. Dia dah tak sabar nak jemput kawan-kawan. Seperti biasa dia hanya bagi ajak kawan-kawan dia aje. kawan kak yang x leh. tapi k.yang marah dia jd dia diam ajela. menu kali nie lebih banyak dari tahun lepas pasai tahun nie ada masa nak buat, sambutnya hari sabtu jadi bolehla masak. Buatla bihun goreng, laksa, kek, dan bla bla...Emmm sungguh tak patut yang dia orang pulun makan hanyala nugget and fries. Next time kena fikir selera dia anak anak. walaubagaimanapun habis juga semuanya.





Acara tahun nie di serikan oleh alunan suara angklung dari k. yang. bolehlaaa.... tak apa hanya di rumah aje. Anyway thank you k.yg. Ops lupa nak bagi tau! mungkin k yg rasa dia dah besar @ dah tahu erti B'day org lain maka buat kali pertama dia tk minta hadiah untuk dia juga. tidak tiap tiap tahun dia mesti claim untuk dia satu. Tahun nie magic dah berlaku kat k. yg.

Irfan masih belum faham banyak benda tapi lagaknya macam orang dewasa, so... yang dewasa nie perlula sabar. Hadiah untuk irfan tahun nie belum beli lagi...tapi dah banyak benda dia dapat . hampir apa yang diminta dituruti oleh abahnya. Mungkin sebab itu dia tk tau nak minta pa lagi.

InsyaAllah Ibu dan Abah akan sentiasa doakan Irfan dan anak anak ibu yang lain menjadi anak anak yang soleh dan solehah. Dirahmati dan diberkhati dalam kehidupan ini. Dimurahkan rezeki dan disihatkan tubuh badan. Semuga Allah sentiasa melindungi dan menyanyangi kita sekeluarga, saudara-saudara kita dan semua umat islam. Aminnn...
LOVE U ALL

Monday, July 20, 2009

cik b tunang






eee... cantik dan murah. bagusla . warna yang menarik pastinya cantik. Kalu suruh zarina yang buat dia memang ada class ... cun, macam tak percayala harga nya semurah itu...hehehe... jangan marah kerana tak berapa pecaya.

Alhamdulillah semua nya berjalan lancar. Orang muda(tuan rumah sendiri) yang mengendalikan adat istiadatnya maka acaranya jadi ringkas. Kami tak punya orang tua, jadi beginila... terus aje ke topik perbincangan. Jika kedua mak dan bah masih ada pun rasanya tak banyak beza. Sememangnya mak dan bah pun orangnya mudah, terus aje jangan belok belok.



Sebelum meneruskan agenda yang terakhir, majlis berhenti seketika untuk acara makan makan. Crite pasai makan, kami sekeluarga memang suka makan, makan sentiasa di jaga, tepat pasa masa mesti ada makanan, makan ayau tidak perkaraq kedua. tapi hari tu aku tengok semua orang suka makan... semuga dimurahkan rezeki ke atas tuan rumah dan tetamu yang hadir. Amin.



Selesai acara kami terus di beri tugas baru. effective betul manager kami. tugasan seterusnya akan disempurna sebelum bulan 11. hehehe... mudah mudahan semuanya diberkhati dan dirahmati. Doala ramai ramai semuga semuanya dipermudahkan Allah. Aminnn.

Cik b nak kahwin

Alhamdulillah ... semuanya berjalan dengan baik. siap ada AJK dan rehesel lag. hehehe... . Masa bertunang tu rasa macam masuk meeting, Ada agenda agenda lagi.memangla abangku itu begitu. tapi semua nya bagus mengikut perancangan dan yang pastinya matlamatnya tercapai. Rasanya semuanya jelas dan tarikh telah di tetapkan. tunggu aje masanya... AJK yang telah di lantik diminta menjalakan tugas dengan ikhlas dan yang pastinya aku tak akan mengulangkan lagi kesilapan ku. hehehe... aampunnnn....

Sunday, June 21, 2009

Di sebalik kenduri



anak anak yang tengah seronok mencuba bekerja... rajin main ayor




memangla fresh dari kebun amir kat Kati...
dua pagi dah makan doyan... berkumpul ramai ramai... musim doyan dah tibe...

Kenduri Qeqah( Nadhira) + khatam Al-quran(Nabila)



Farah Nadhira nama baby baru Anyah n Noni. baru 20 hari++... dah kena balik Sg. Siput untuk majlis qeqah n doa selamat Anyah nak ke Qatar. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ramai orang hadir, yang pastinya kali ni cucu-cucu opah ramai yang dah boleh harap untuk buat kerja. seronok tengok dia orang gembira menolong menjadi mentagha.
Qeqahnya seekor kambing, harga dalam RM600 masak mamak Brahim RM250. waihh! memang sedap.

Acara petang tu dimulakan dengan majlis Khatam Al-Quran oleh kak long dan pengiring-pengiringnya, Sofiah n Ona(bidan terjun.. kerana...).

Then majlis naik buai si Nad, emmm... ana lak maujud.. maka no comment.

malamnya pula acara doa slemat untuk Anyah, punyala ramai orang , penuh rumah, luar dan dalam. Seronok tengok ramai orang datang. Kurma kambing paling laku, memang best. Selesai acara semua flat, letih, rasa macam buat kenduri kawin.

Wednesday, June 17, 2009

Briyani Gam



Cuti sekolah kali ni baru mereka ke KL, saja jalan jalan, singgah le kat briyani Gam Hafiz. tapi hafiz tak ada, dia di KB. so masukla juga...

Rubi balik Umrah

Alhamdulillah, selamat juga balik kecik kami dari umrah+iran pagi tadi. Woih best sungguh rezeki yang Allah bagi kat dia. hujung minggu ni dia balik ipoh. yeye..anak-anak ku semua sudah senyum tak leh tutup mulut dengar cik b nak balik. c u

comelnye...

You're my Honeybunch, Sugarplum
Pumpy-umpy-umpkin, you’re my Sweetie Pie
You're my Cuppycake, Gumdrop
Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye
And I love you so and I want you to know
That I'll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear

Tuesday, June 16, 2009

Cuti sem 2 bulan

Aduhhhh... boringnya, terlalu lama cuti yang tak boleh bercuti. Hari-hari datang kerja tapi tak buat kerja, entah apa kerja nak buat pun tak tau. hemmm... selesaikan apa yang patut then baru rasa legaaa... sikit. Belum ada apa apa projek dalam fikiran ku.


emmm

o bulan.. enggan melayan diriku lagi

pabila air mat membasahi pipi

dan lagu-lagu di radio

seolah-olah memerli diri

pabila engkau bersama yang lain


*adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta

yang masih bersemadi untuk mu

dan sebenarnya ku mengharap di sebalik senyumanmu itu

kau juga merindui aku

Monday, May 11, 2009

da bersara..

BOYS OVER FLOWERS da tamat!
haha!
penat suda nk tggu cite uh tamat..haha..
junpy0 n jandi t0gether2..
gaeul n yije0ng!
jihu still single.jd jururawat k0wt.ikut jejak tari datuk dy.
hehe..
woobin p0n single lgi..! hehe..
c0mey la ending dy..
kawaii! kawaii!
n..
dgr cite ade
BOYS OVER FLOWERS SPECIAL EDITIONS..
w0obin akn dgndingkan dgn ss0rg.!

end,
d0nghae's <3

bes'day sofiah





seperti biasa permintaannya memang lain dari lain... maka terhasillah sekali lagi kek buatan sendiri untuk dihadiahkan kepada kawan kawan sempena hari lahir shah. kali ni memang comel , dia decide semuanya... semuga menjadi anak yang solehah, dikuatkan iman, dimurahkan rezeki dan disayangi ALLAH