Wednesday, November 24, 2010

Sunday, November 14, 2010

Anakku Sofiah

Seumur hidup tak pernah terfikir dapat memegang gelaran sebagai tokoh. Setiap tahun kami hanya melihat eje anak anak sahabat yang telah berjaya dengan cemerlang keseluruhan. Alhamdulillah... sememangnya kami tidak menyangka Sofiah telah menjadi TOKOH.

Friday, November 12, 2010

Kepingin Makan Sushi

Sudah beberapa kali mencuba memasak beras jepun tapi tak menjadi. tapi baru baru ini cuba lagi sekali mencari cara memasak beras Jepun yang betul. akhirnya aku dapat penyelesaiannya. Alhamdulillah , sushicup.com really make it happen. Masalah sekarang adalah rice vigeger yang terdapat di JJ semuanya tak halal, aku dah pernah cuba apple cider tapi rasanya tidak enak. so... entah macam mana aku teringat cuba biasa yang kita guna untuk buat acar mungkin sedap juga. akhirnya , YES!!! rasanya enak setelahdicampurkan dengan garam dan gula

Caranya:
rendam beras Jepun selama 20- 30 minit. Kemudian masak menggunakan rice cooker. Air sama banyak atau kurang sikit.  bila sudah masak boleh masukkan garam, gula dan cuka dalam 4-6 sudu bagi  2cups of rice. Lastly gaulkan semua dan masukkan apa apa yang berkenan. Sedap...YUMMY YUMMY

Andai Itu Takdirnya

Sebuah cerita yang penuh dengan permainan perasaan. Airmata sentiasa mengalir kerana babak babak yang menyayat hati. Ianya menceritakan sepasang suami isteri yang berkahwin bukan atas kerelaan sendiri walaupun masing masing punya perasan sesama sendiri. Mereka lebih suka membiarkan sesuatu tangapan  itu disimpan dan menimbulkan perasan yang tidak senang. Tidak suka berterus terang dan sentiasa bersyak wasangka yang tidak baik. Kesombongan, angkuh merasakan diri nya hebat juga menyebabkan perasaan mereka tidak bersih. But really i can finish reading the book for a day and lastly i end up dengan mata yang bengkak pergi kerja. hehehe... what a wonderful life...

Alhamdulillah

Akhirnya penantian telah berakhir, kami bersyukur sangat dengan apa yang telah diperolehi oleh Sofiah. Terima kasih kepada semua mualimah dan mualim yang telah berjaya mendidik anak ku menjadi anak yang solehah. Selepas dapat keputusan Sofiah kami terus ke secret recipe, meraikan kejayaan Sofiah. Sofiah senyum memanjang. Kak nyah yang selalunya suka memeram dirumah pun terpangil untuk meraikan bersama. Petangnya mereka ke Bowling centre dan bershopping sakan juga. Bagi kami suami isteri, Sofiah telah memberi yang terbaik dari hasil didikan yang diterima. Beliau bukan hanya berjaya akademik tapi juga berjaya menjadi anak dan insan yang disenangi semua. Semuga Allah terus melindungi dan menyayangi anak anak ku.

 Walaupun penat terpaksa meyiapkan kerja sehari awal, menghantar plan selepas waktu kerja ke Shah Alam dan pulang semula pada pukul  2 pagi semata mata untuk bersama Sya menerima result kami rasakan ianya sangat sangat berbaloi. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa bersama dan merahmati kami sekeluarga.