Saturday, August 29, 2009

1st. Ramadhan


Hari pertama puasa kali ini Noni berlepas ke Qatar, kami tak dapat ngantar dia sekeluarga, Lan deman, tak daya nak bawa kreta. hanya doa aje yang mampu kami iring dia sekeluarga ke sana. Selagi kita hidup perjuangan harus diteruskan tak kiralah di mana kita berada.

Hari tu juga memberi pengajaran yang paling besar buat irfan, dia tak sabar nak buka puasa, di tambah pula ada lauk favorite dia, ikan keli... apa lagi baru masuk beberapa suap dah tercekik tulang ...kesian sangat, perut masih kosong.. dah tak dapat nak telan, sakit katanya..maka keluarla juga petua-petua antarabangsa antaranya, irfan kena pusing pinggan dan berselawat sehingga hilang rasa sakit, kedua minum air dari tudung periuk. kesian betui.. terlepok , tak larat nak makan ... air mata aje yang mampu mengalir .

Alhamdulillah, dengan izin Allah akhirnya dia dah tak sakit lagi, tapi dah hilang untuk selera makan.

Esoknya dia dah tak berani nak makan cepat-cepat, sikit aje makanan yang di sentuhnya, katanya SABARRRR... mudah-mudah dia ingat sampai bila-bila.

Ramainye cucu opah berpuasa

Dah masuk hari yang ke lapan barula sempat bebuka di rumah Opah, dah lama tak berkumpul ramai-ramai. Hari ni menu dari Ita dan Azmeer, tak cukup pasar Ramadhan Sungai siput, di tambah lagi dengan pasar Ramadhan Kuala. Memang seperti jangkaan suamiku, kalau bagi Ranita beli, memang tak penah sikit, jadi aku tak jadi nak tambah banyak-banyak kuih.

Bila kami sampai waktu berbuka baru aje masuk,... memang seperti yang dikatakan ... macam-macam ada. Ye la orang KL balik kampung. Kalau ada anyah and Noni lagila, penuh rumah, kali nie dia orang berpuasa di Qatar, pekena nasi Arab. Si An and Joe pun tak dapat balik.. yang ada kat rumah nie pun dah rasa riuh sangat. kali ini anak-anak sibuk main kat luar, dah tak duduk depan TV, asyik main basikat si Nabila dengan yana. Seronok dia orang... besar pahala si yana ngan Nabila...

Nampaknya Luqman akan jadi iman tetap cucu-cucu opahla, kalu tak ada Luqman mungkin si Yasser(get ready)..Alhamdulillah, dah lahir sorang iman dalam keluargaku...


Peristiwa menyayat hati kali ini bila tengok si Putih kena menangis bila tangannya masuk selumbar. sian dia nangis sampai tertidur.




Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kami sekeluarga jarang buka puasa dirumah... asyik buka puasa di surau, bukau tujuan nak save belanja, tapi banyak kelebihan, semuga mendapat rahmat Allah ta'ala.

Monday, August 24, 2009

Kek pertama Kak Yang and Kak Ngah



Dalam kesibukan urusan harian berkerja, aku lupa anak-anak ku yang sedang bercuti dan berpuasa di rumah. Tiba-tiba ring tone talipon aku berbunyi."HOME"...emmm apala pulak ni. "Ibuuu. boleh ke Kak Yang buat kek? hemmm.. apa ye nak aku cakap, tahu ke nak buat tu? k.yang tahu. oklah . Aku bagitau resipinya dan aku yakin dia boleh buat, walaupun dalam hati aku tak yakin tekniknya tak akan betul. untuk ikut resipi memang senang, tapi nak dapatkan tekniknya aje yang susah. memang aku yakin kek ini tak akan menjadi, tapi kalu dia tak cuba dia tak akan tahu. Biarla rugi sikit tak apa... asal dia belajar dari kesilapan dia. Dari segi keselamatan aku yakin kerana ada maid yan boleh tolong tengokkan, dan lagi aku sokongan kuat dari kak ngah yang selalu kena buli dengan k.yang.. sure tak jadi masalah.

Yang pastinya dia berani nak mencuba.
baru aku teringat , agaknya dia kesian kat Hasanah yang buat kek tak jadi, jadi dia pun nak buat bagi kat Hasanah, maka dapatla Hasanah rasa juga walaupun bantat...GOOD WORK KAK YANG and KAK NGAH

Monday, August 17, 2009

Ramadhan sudah hampir..

Article in dari satu blog,
bagus sangat, ... mohon dikongsi bersama


Bersedia Ramadan datang lagi
Email oleh : hazlan hj. mohammad
Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON

RAMADAN bakal menjelang lagi. Peluang keemasan ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua umat Islam dengan sebaik-baik mungkin. Malah kita perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup untuk membangkitkan motivasi agar dapat beramal dengan lebih baik.

Justeru, kita perlu memperbaiki azam untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Antaranya, kita perlu memperbetul dan memperelokkan niat.

Kita perlu ikhlas bahawa ibadah ini demi Allah SWT semata-mata. Niat yang betul kerana Allah berupaya mendorong kita untuk lebih berusaha memperoleh pelbagai ganjaran.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan dinilai berdasarkan niat dan bagi setiap orang apa yang dia diniatkannya. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna, kita perlu menumpukan kepada usaha mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah dan bukannya berlumba-lumba membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Perkara kedua ialah kita perlu bersedia daripada segi fizikal, mental dan material bagi meraih bonus yang tidak terhingga di bulan Ramadan. Umat Islam disaran menjaga kesihatan tubuh badan agar dapat berpuasa di siang hari.

Mereka juga perlu bersedia daripada segi mental untuk melawan nafsu tidur, makan dan keinginan lain yang boleh mengurangkan pahala ketika berpuasa.

Begitu juga seseorang perlu bersedia daripada aspek kewangan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa. Nabi Muhammad bersabda: Barang siapa yang memberi iftar (jamuan untuk berbuka puasa) nescaya akan diampunkan dosanya dan dibebaskan daripada api neraka.

Ketiga, kita perlu berazam untuk tingkatkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi ibadat puasa. Ini bermakna, kita perlu berazam untuk meningkatkan kualiti puasa. Ia boleh dilakukan dengan tidak membataskan puasa hanya dengan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Sebaliknya ditingkatkan dengan menjaga seluruh pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat. Di samping itu perkara-perkara wajib yang lain seperti sembahyang fardu dan menutup aurat juga turut dilaksanakan.

Keempat, kita perlu berazam untuk diberi peluang beribadat di malam Lailatulqadar. Ia adalah malam kemuliaan yang datang sekali setahun. Malam yang pahala beribadah padanya menyamai 1,000 bulan atau kira-kira 83 tahun 4 bulan. Justeru setiap individu Muslim perlu mempersiap diri untuk menjejaki malam itu.

Dan yang kelima, kita perlu sentiasa berharap dan berdoa agar ibadah puasa diterima oleh Allah. Setiap umat Islam perlu menaruh harapan tinggi agar puasanya diterima.

Oleh itu, kita digalakkan memperbanyak amalan sunat seperti bersedekah, tadarus al-Quran, iktikaf di masjid dan sebagainya bagi menampung kecacatan dan kekurangan ketika berpuasa.

Akhirnya diperingatkan juga agar sesiapa yang masih berhutang puasa agar segera mengqada puasa berkenaan. Kegagalan melunaskannya kemungkinan menyebabkan seseorang dinafikan daripada berbagai-bagai keistimewaan yang disediakan oleh Allah SWT di bulan Ramadan.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Berakhir sudah...


Alhamdulillah... hanya Allah saja yang mengetahui cabaran dan rintangan yang dilalui, sememangnya sukar, tiada jalan mudah ... ia banyak mengajar erti perjuangan. berbeza sekali disaat ijazah sarjana muda...Terlalu banyak ilmu yang dipelajari. nasihatku MASTER memang sesuai untuk mereka yang telah lama sibuk bekerja hingga lupa akan ilmu terkini bolehla masuk balik, boleh refresh and gain updated knowledge.


buat keluargaku yang disayangi, terima kasih diatas kesabaran dan sokongan yang sentiasa diberikan, buat adikku yang tak jemu melayan pemintaan ku, buat abangku yang sentiasa membuka pintu untuk peginapanku, terima kasi banyak-banyak dan buat makmenku, terima kasih menemani suami dan anak-anakku. Sebenarnya ramai orang yang aku berhutang budi, tak mampu untuk aku membalas budi, aku hanya mampu berdoa semuga Allah sentiasa merahmati kehidupan mereka yang sentiasa menghulurkan budi

TERIMA KASIH SEMUA

Sunday, August 2, 2009

Birthday Irfan yang ke 8

tahun nie Fan dah tak malu-malu lagi nak sambut b'day. Dia dah tak sabar nak jemput kawan-kawan. Seperti biasa dia hanya bagi ajak kawan-kawan dia aje. kawan kak yang x leh. tapi k.yang marah dia jd dia diam ajela. menu kali nie lebih banyak dari tahun lepas pasai tahun nie ada masa nak buat, sambutnya hari sabtu jadi bolehla masak. Buatla bihun goreng, laksa, kek, dan bla bla...Emmm sungguh tak patut yang dia orang pulun makan hanyala nugget and fries. Next time kena fikir selera dia anak anak. walaubagaimanapun habis juga semuanya.





Acara tahun nie di serikan oleh alunan suara angklung dari k. yang. bolehlaaa.... tak apa hanya di rumah aje. Anyway thank you k.yg. Ops lupa nak bagi tau! mungkin k yg rasa dia dah besar @ dah tahu erti B'day org lain maka buat kali pertama dia tk minta hadiah untuk dia juga. tidak tiap tiap tahun dia mesti claim untuk dia satu. Tahun nie magic dah berlaku kat k. yg.

Irfan masih belum faham banyak benda tapi lagaknya macam orang dewasa, so... yang dewasa nie perlula sabar. Hadiah untuk irfan tahun nie belum beli lagi...tapi dah banyak benda dia dapat . hampir apa yang diminta dituruti oleh abahnya. Mungkin sebab itu dia tk tau nak minta pa lagi.

InsyaAllah Ibu dan Abah akan sentiasa doakan Irfan dan anak anak ibu yang lain menjadi anak anak yang soleh dan solehah. Dirahmati dan diberkhati dalam kehidupan ini. Dimurahkan rezeki dan disihatkan tubuh badan. Semuga Allah sentiasa melindungi dan menyanyangi kita sekeluarga, saudara-saudara kita dan semua umat islam. Aminnn...
LOVE U ALL