Tuesday, November 10, 2009

Pengapit


DAH LAMA TAK TENGOK LUQMAN SENYUM... SEMUA NAK TENGOK ITU SEBAB UPLOAD

Menjadi tetamu di Segamat


TENGOKLA GAMBAR keluarga tak ramai jadi bolehla masuk semua

Kali ini kami sebagai tetamu, tak ramai yang dapat pergi sana, kak paridah sedang buat haji, abang uzied pun sikit hari lagi dah nak berangkat, semua sibuk. Jadi yang suka jalan ni apa lagi nila la peluang nak sampai ke Tangkak yang belum pernah sampai.


Acara makan kendurinya rilex and santai. Tak banyak pun adat ynag kena ikut, jadi terasa macam kampung sendiri la pulak. Suasana kampung apa ye.. lupa lak nak tanya... tenang aje, depan rumah ada pokok manggis lagi... mesti best waktu pagi, hening aje. terasa kadar kandungan oksigen yang banyak, segar... panjang umur penduduk di sana.... Ops out of topic... nasib baik BM ku tak fail.

Senang sekali kami di sana... cek Uzied tu kecoh nak balik cepat... tak sempat nak bersoreh panjang... maka kami pun balikla. di bekalkan nasi.. alhamdulillah bekalan untuk makan malam. memang si Aiman 4 kali makan malam tu... katanya LAPAR.


Mak Andam dalam family kami adalah si Zarina, dia yang kaki make-up nya. Kena selalu pesan jangan tebal... biar nampak natural...





Inilah bakal naik pelamin lak. Yang paling hampir... Fatin

Melaka - Segamat

Dari Melaka singgah Segamat, sempat lagi shopping di tangkak. MURAH, MEMANG MURAH. separuh hargala juga.tapi tak banyak yang boleh di beli kecuali kain ela.




Melaka memang bandar percutian, banyak aktiviti yang boleh kita lalakukan asalkan ada duit semua boleh cuba. bermula di bandar hilir, pergi a famosa, bangunan Belanda,naik beca, cruise sepanjang sungai Melaka, Melihat kampung morten, pokok melaka, then naik menara Taming sari dan berjalan di dataran pahlawan. itu saja di banda hilir, muzium samudra yang berhampiran pun tak sempat nak naik, keletihan.

-h/P1040061.JPG">


esoknya seharian ke kenduri Cik B, jadi tak banyak leh lawat Melaka. odw balik singgah tangkan , lawat Taman Buaya, malamnya g Dataran Pahlawat lastly lepak kat kedai makan satay padang...ehemmm tak kena selera. Kurang minat

Melaka perlu di masukkan dalam senarai lawatan ke Malaysia






letih jalan tak terasa, esok pagi kembali segar, terus lagi aktiviti jalan-jalan. kali ni kami tidur d MAHKOTA HOTEL, apartment 3 bilik. bagus dan besar.. kos agak mahal 435 satu malam.

Monday, November 9, 2009

Cik B Kawin




Alhamdulillah semuanya telah selesai. Rasa gumbira sangat, berjaya menjadi 'floor manager" untuk majlis kawin. Bagi ku ianya sangat berjaya dengan bantuan yang di berikan oleh Allah, kehadiran rakan-rakan b yang ramai menolong memberi satu pengajaran, IKHLAS! IKHLAS! Teringat crite kiamat sudah dekat.hehehe...





Balik crite B, ehemm ..sedang bercuti di kaki Gunung ledang, kami pun rasa seronok selain dapat sampai ke Segamat, dapat gi Tangkak, shopping bagi yang hantu Shopping, Melaka banyak habis duit, ada duit boleh merasa semua benda.. Cuti Sakan.

Banyak betui hadiah ... lengkap satu dapur... masak B masak

Ops... balik crite B, baru dua minggu kawin akan ke Mekah pulak, baguzla, semoga Allah merahmati kehidupan B sekeluarga. Semuga Ammu Din banyak bersabar. Bukan senang nak senang. Go rubi Go.