Thursday, April 22, 2010

KEK LAPIS D WANIE

Bukan tujuan nak promote kedai ni, tapi kek dia, kek lapis sarawak nya buat Aiman telan ayor liur aje. kerana tak dapat nak merasa dalam masa terdekat ni maka kek secret recipe la yang jadi habuan nya. Uduhhh... mungkin minggu ini Rubi akan bawa datang kek lapis ini dari sarawak, setelah habis promosi takufulnya di sarawak.... ku order 3 biji aje. itu pun habis satu ratus jugala....

Wednesday, April 21, 2010

Ikan Koi

Lupa nak ambil nama nusery ni. Kat ipoh memang ada banyak tempat bela Ikan Koi tapi rasanya ni la tempat yang paling cantik. Anak-anak memang suka ke sana tak pernah rasa jem. Mereka akan panggil ikan ikan datang kepada mereka dan ikanikan pun akan gigik jari jari halus mereka. tak reti nak takut takut.




Ikan ikan kat sini rasanya paling murah pun dalam RM300 seekor. Lagi mahal lagi cantik. Kebanyaknyanya dari jepun. Ikan yang dari Jepun ni lenggoknya lebih elegant and cool. Kata pakar KOI

Birthday Luqman

In a few days Luqman will celebrate his birthday. so Happy birthday luqman, semoga Allah memberi keberkatan dalam umur yang panjang dan rezeki.

Sunday, April 11, 2010

Umrah pertama ku...

Plus and minus , I have 2 more months to prepare myself for the ibadah yang sangat dirindui. few things need to be post to my list.
Terjumpa artikel ini untuk rujukan.. mohon kebenaran untuk publish di sini supaya dapat jadi satu peringatan

PERJALANAN mengerjakan haji atau umrah ke Tanah Suci tidak sama dengan perjalanan ke mana-mana destinasi di dunia ini. Bukan saja kerana buminya yang penuh berkat atau di sana ada Baitullah dan bersemadinya jasad Rasulullah SAW, tetapi kerana ia pengembaraan kerohanian.
Ia perjalanan yang jauh lebih agung, lebih getir dan beranjau daripada perjalanan fizikal kerana kita bukan sekadar membawa badan (jasad), malah membawa hati (rohani) untuk tunduk serta patuh kepada Allah.
Sebaik saja kaki kita mula melangkah keluar daripada rumah untuk ke Tanah Suci, beriringan dengan doa dan air mata keluarga serta sanak saudara, lidah mula memuji-Nya sambil hati merintih memohon keampunan, pertolongan dan kasih sayang daripada-Nya. Itulah tanda hati atau rohani kita mula mengembara menuju kepada Allah.
Pengembaraan ini bukan perjalanan selesa dengan harapan segala kemudahan sudah disediakan untuk kita. Ia juga bukan perjalanan untuk bergembira dan bersuka ria. Ia adalah perjalanan menuntut pengorbanan, menagih keringat dan meruntun perasaan, kembara seorang hamba menuju kepada Tuhannya.
Mengembara ke Tanah Suci mesti dimulai dengan niat ikhlas dan hati suci lagi bersih. Hati bersalut dengan iman dan takwa serta dihiasi segala sifat mulia (mahmudah) antaranya, tenang, sabar, bertolak ansur, merendah diri, murah hati, baik sangka, syukur, reda dan tawakal.
Setiap pengembara, persiapan pengembaraan yang penting ini memerlukan persediaan fizikal dan mental. Antara senarai persiapan yang sering dibincang dan diperingatkan oleh ulama ialah:
  • Niat yang ikhlas
  • Persiapan ilmu yang cukup
  • Bertaubat dari segala dosa
  • Mendapat keredaan ibu bapa, keluarga dan guru
  • Menyemak semula punca perbelanjaan
  • Mendapatkan teman dan rakan yang selayak

Cuba renungkan, contoh yang jelas ketika musim cuti sekolah baru-baru ini kita sibuk merancang program, bekalan itu dan ini bagi memenuhi keperluan percutian atau perjalanan pulang ke kampung dengan baik dan sempurna.
Adakah kita hanya memandang ringan saja pengembaraan suci ini. Pernahkah terfikir, bagaimana persiapan pasukan pendaki Everest negara yang berjaya mengharungi cabaran pendakian tempoh hari. Berapa lamakah masa diambil untuk sesi latihan? Berapakah pula persiapan kewangan? Hingga ke tahap manakah persiapan latihan fizikal dan mental yang mereka lalui hingga berjaya membuktikan mereka boleh?
Berbalik kepada persiapan pengembaraan rohani ini, bagaimana persiapan diri dan ilmu kerana matlamat pengembaraan ialah menunaikan ibadat yang ditentukan syarat serta caranya.
Perlu diingatkan, selain persiapan menghiasi diri dengan sifat mulia, perlu melontar jauh segala sifat keji (mazmumah) seperti pemarah, sombong, mementingkan diri, bangga diri, keluh kesah, bakhil, mengumpat, mengungkit, berbantah dan buruk sangka. Hanya dengan cara ini saja haji kita akan diterima Allah.
Di Tanah Suci kelak, kita mungkin diuji dengan bermacam ujian oleh Allah. Berdoalah semoga kita tabah menghadapinya dan dianugerah haji mabrur. Inilah darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Haji yang mabrur, lebih baik dari dunia dengan isinya dan haji mabrur tiada balasan lain, selain syurga.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Haji mabrur tidak diperoleh dengan jalan mudah. Ibarat hendak mendapat kenaikan pangkat, kita akan dinilai. Lebih-lebih lagilah ‘kenaikan pangkat’ di sisi Allah, pasti tidak akan diberi secara percuma tanpa terlebih dulu diuji dengan segala kesusahan dan kepayahan. Setiap manusia akan diuji dengan pengorbanan harta yang banyak, selain terpaksa menempuh perjalanan jauh lagi memeritkan.
Inilah digambarkan Allah melalui firman-Nya: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis unta yang kurus, yang datangnya daripada berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” (Surah al-Haj, ayat 27)
Dalam pengembaraan ini, kita adalah tetamu Allah dan sebagai tetamu-Nya, apakah yang hendak kita persembahkan kepada Allah serta apa pula yang ingin kita mohon daripada-Nya?
  • Ketika mandi dan membersihkan diri sebelum memakai ihram, kita hendaklah berniat membersihkan diri daripada segala dosa.
  • Waktu memasuki kota Makkah, kukuhkan niat untuk menjadikan Allah sebagai satu-satunya tujuan hidup kita.
  • Ketika tawaf mengelilingi Kaabah, hati diniatkan seolah-olah berjalan menuju keredaan Allah.
  • Ketika Sa’ie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, ibarat antara mengharap pada rahmat Allah dan takut pada azab-Nya.
  • Ketika Wukuf di Arafah pula, hati dibawa dekat dengan-Nya. Dia yang Maha Mengetahui perbuatan dan hati nurani kita.
  • Ketika menuju ke Muzdalifah dan memungut batu di sana, hati berniat untuk membuang jauh segala macam maksiat dan kejahilan.
  • Ketika tangan melontar jamrah, kita hakikatnya melontar musuh turun-temurun iaitu iblis dan sekutunya yang terlaknat.
  • Tatkala rambut dicukur, seolah-olah kita membuang daripada diri kita segala perkara keji dan kita memohon keluar daripada dosa seperti ketika lahir daripada perut ibu.

Kepenatan dan keletihan mental dan fizikal

Baru minggu ke12 bagi semester ini dah rasa letih. banyak tugasan telah siap dijalankan. Audit ISO, audit 5S, Konvo, penapisan awal kriteria kecemerlangan, Pelan strtegik.... huhuhuh. Aduh bila ingat semula semua itu rasa  nak nanggis... itu baru tugas yang tak rasmi.... tugas sebenar dah tak sempat nak pandang. ... Yes I really need a break. I have to go out. Do something for myself.
So... orang yang paling memahami adalah  suami ku. pucuk dicita ulam mendatang. lan kata dia nak ajak ke KL to my favorite place...IKEA. Aduhhhh... masa tu rasa macam nak loncat terjun kereta. Ke Ikea bukanla penyebabnya sangat tapi becoz of my wish came true. Aduhhh....thankz Allah. Ia maha mendengar.

Hasilnya...Sogo, jalan TAR, GM Plaza and IKEA... Kul 10.30pm baru sampai rumah

Spring Everywhere





Every year tak pernah  notice sangat kehadiran musim bunga. But this year, bila tengoke mpat lima pokok orkid berbunga  dan  pokok lain pun juga  turut berbunga baru sedar  spring is here. Cantiknya ciptaan Allah.

Selalunya jarang lihat laman rumah berwarna warni, tapi kali ini memang banyak betul bunga yang ada. seronok. Jadi semangat untuk berkebun. Sekali sekala bersama dengan pokok-pokok  lupa kerja kat pejabat.

hanya mereka yang berusaha akan merasa nikmat ushasa tersebut, walaupun tak sehebatmana tapi boleh tersenyum gembira





Sunday, April 4, 2010

petua murah rezeki

20 Petua Murah Rezeki
Oleh : Amin Fadzlan

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyak istighfar
3.Tinggalkan perbuatan dosa
4.Sentiasa ingat Allah (SWT)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7.Tunaikan hajat orang lain
8.Banyak berselawat
9.Buat kebajikan banyak-banyak
10.Berpagi-pagi
11.Menjalin silaturrahim
12.Melazimi kekal berwuduk
13.Bersedekah
14.Melazimi solat malam (tahajud)
15.Melazimi solat Dhuha
16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
18.Berdoa
19.Berikhtiar sehabisnya
20.Bertawakal

Jangan runsing dengan tugas hari esok

Dah hampir setahun aku memegang jawatan sebagai PKJ, banyak yang aku pelajari dari tugas harian ini. Hari-hari ada aje tugas yang tak menentu. Kita sentiasa kena ready dengan perkara-perkara yang tiba-tiba datang. Apa yang telah aku pelajari, jangan runsing atau rasa tertekan dengan kerja yang kita baru dapat. Bertenang dan rilex, jangan panik, bila sampai masa kita buat apa yang termampu. Selama ini kita pun dapat lakukan dengan baik, jadi jangan risau. Kalu rasa tak mampu, berdoalah. ALLAH itu tahu apa yang terbaik buat kita.  Nak pinjam kata-kata yang aku dapat dari blog kak M

Janganlah engkau memberatkan hatimu ketika ini dengan beban-beban hari esok kerana kadangkala beban hari esok itu tidak datang sedangkan engkau telah mengorbankan masa senangmu sekarang ini. (M Al Siba'i)