Tuesday, March 30, 2010

Menyimpan

Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir merupakan orang yang aku pandang tinggi juga kerana ketajaman aqal. Sejak dari zaman mahasiswi lagi aku telah dipekenalkan kepada belian banyak idea-idean mengenai cara melabur dan menyimpan duit diajar.

Kali ini aku berkesempatan untuk menghabiskan buku KEMANA WANG ANDA? Ehemmm... aku perlu menyimpan. Simpan dan simpan, berapa yang aku nak simpan? Semua gaji ku.
Percaya ke tidah, si A ajak aku ke KL untuk shopping, aku tolak ajakkannya. Aku bersungguh ni nak simpan duit. Punca untuk simpan duit kerna aku ad plan. Antaranya
1. Untuk hari tua ku kerana aku nak pencen awal
2. Untuk waris-waris ku
3. Untuk bekalan Akhirat ku

Bercucuk tanam itu sedekah

 Salah satu hobi ku adalah bercucuk tanam, tapi jarang juga nak dapat lakukan  kerna kebanyakkan masa hujung minggu keluargaku akan keluar jalan-jalan. Selalunya kau bercucuk tanam bila cuti sem, tapi nampaknya hobi ini tak dapat dilakukan kerana tak ada lagi cuti sem.

Satu perkara yang menyebabkan aku bertekad untuk kembali menyemarakan hobi ini apabila aku baca satu blog kawan aku, dia kata  bercucuk tanam itu sedekah yang berpanjangan kerana kita membantu banyak benda antaranya haiwan  dan juga manusia.  Hemm baru aku teringat kembali... yes, aku akan menambah koleksi pokok pokok ku. Semoga mendapat keberkhatan dan rahmat dari mu Ya Allah.

Weekend di rumah

Jarang nak ada kesempatan  bercuti hujung minggu kat rumah, alhamdulillah weekend kali ni dapat duduk rumah, dapat buat 5s dalam dan luar rumah. Habis pokok-pokok bunga ros ditrim.  Pokok pokok baru pun ada juga di tambah Kali ni tambah ttiga pokok orkid, satu kesidang dan apa tah. Seronok tengok laman bersih dan cantik.

Friday, March 26, 2010

Sekolah Asrama

Setelah menghantar luqman ke asrama, aku rasa dah cukup, tak nak bagi anak masuk asrama jauh-jauh dah. Letih. Kena hantar, rush nak rebut bas, terlepas bas kena gi hantar ke Teluk Intan la pulak, aduh .. nasib baik lan ada, kalu dia masuk hutan , ... entahla apa aku nak buat. aku pun tak bagi dia gi hutan kalu luqman kena balik asrama. huhuhu..

 Dulu masa dia dok sarjana tak terasa sangat, kerna dekat agaknya dan jarang balik. Kini jauh dan selalu balik. Bukan tak suka dia balik, sangat suka, tapi sayang masa dia, sepatutnya banyak benda boleh buat kat asrama kalu duduk sana. Banyak buang masa. Pihak sekolah should do something.

Anakku anakku luqman, tak banyak ibu dan abah minta, jadilah anak yang soleh, buat apa yang Allah suruh jauhi apa yang Allah larang.

Pangkor

Lawatan bersama keluarga antara aktivit yang sangat aku minati. lawatan ke pangkor bagi aku kali ini mrupakan kali ke enam rasanya. Tak banyak bezanya antara Pangkor dulu dan sekarang. Si Irfan baru pertama kali ke sana. Dia rasa seronok sangat.

Yang lain tu tak le nampak teruju sangat, si lokman mantain cool, Sofiah baru aje balik dari Pangkor, si Aiman no komen.




Satu lagi kehadiran ammu siraj menambah seri lawatan ke sana. Ammu pendiam tak banyak cakap, tapi okay, tak banyak crite.






Singgah mandi di teluk  Nipah, cantik juga pantainya. Depan tu ada Havana resort, maybe next time leh gi sama.

Masa nak balik Irfan and Kak yang gi jengok ke belakang, nak rasa naik feri 

New improvement di sini, kata orang dekat jeti, ada satu tiang satu Malaysia yang harganya lebih 18 ribu. Hemmm

Monday, March 15, 2010

gathering kat bangi - anak lembu

Semalan gi rumah abg uzied, saja dah lama tak gi ,jumpa kak Noriah and the family, okay gak. Kalu ke rumah abang Uzied ni kalu tak makan-makan tak sah.Hemmm apalagi malam tu .. ada bbq anak lembu... aduh sedapnya , lembut aje isinya. tengok tu, sebelah peha uuuu...

 

Orang kuat malan tu boleh dianugerahkan kepada si Hakimi, dah besar dan pandai buat kerja. baguihla anak anak kak Noriah and abang Juri , very humble and sincere.



Fatin dah besar dan banyak cakap.... naqeeb pun dah mula berisi.. Aisyah pun dan cergas sangat, tak tahu nak duk diam...yang lain macam biasa aje. nice too see everybody happy and boleh senyum selalu. ops ada satu lagi kak Noriah..ooo dah kurusss... Pandai  tampil menawan. baru bali kursus penampilan.

Banyak perubahan pada anak sedara ku dari kelantan, semuanya nampak bertangungjawab dan dapat memikul t/jawab besar nampaknya. mudah-mudahan jaya dunia akhirat.

Time makan, tengok-tengok separuh dari apa yang dipanggang dah lesap, semua masuk perut anak-anak kecil yang tak sabar.  Makan lain bertambah, tiba-tiba aje jadi banyak. Satay dari kajang pun ade. hancur diet kuuuu...