Sunday, May 30, 2010

Mata Bengkak

Masalah membaca novel akan menyebabkan mata menjadi bengkak walaupun  cuba untuk tidak beria-ia  melepaskan perasaan. Kali ini aku habiskan masa lebih kurang 8 jam mengadap novel setebal 500 muka surat. Aiman dah tak sabar nak baca tapi apakan daya anak yang baik bagi ibu habis baca dulu baru dia baca..  Hemmm.. sepanjang 8 jam air mata tak berenti mengalir . Lan cakap udah le berenti baca tu nanti orang ingat kena dera dengan suamila pulak. Rasanya ramai rakan pejabat dah maklum kalu mata aku bengkak disebabkan tengok crite sedih atau baca buku crite sedih la ni...  Biasala mata bengkak.... qaimullai pun bleh bengkak mata.

Wednesday, May 12, 2010

lagu sofiah dan irfan

Wali – Tomat (Tobat Maksiat)

dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

Syahdu

Ukays - Bila Diri Disayangi

Artist: Ukays
Song: Bila Diri Disayangi
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Happy BIRTHDAY Kak Yang

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan hidayah Nya buat anak ibu ni. Jadi anak yang solehah. luv U

Tarikh Keramat buat Kak Yang

Macam tak percaya, kak yang bagi tau di aterpilih masuk nasyid. Seumur hidup tak pernah dengar dia nyanyi, kalu nyanyi pun rasanya tak penah kena... aduh... boleh tampar dahi. Bila tiba hari kejadian... nasib masih menyebelahi kami,  just on the right time. Sopiah tengah nyanyi... dupdap jantungku. First time dengar suara kak yang... boleh tahan jugala .. Kumpaulan banat menang tempat ketiga manakala kumpulan aulad pula tempat pertama.
Tahniah kak Yang ... lepas ni pulun study untuk upsr pulak.  Good Luck
Nikmatnya apa yang Allah beri pada anak-anak ibu. Tak rasa penat jalan, seronok ye... itu sebab agaknya jarang sekali merunggut bila ajak balik Kedah atau gi KL. Bestkana sikit jalan masing-masing dah lelap. sampaila rumah. Selalunya tinggal ibu ngan abah aje... atau lagi setengah jam tinggalla anak sorang aje.

Sunday, May 9, 2010

2ND EMAIL DARI QATAR


to address some concerns raised :-
 
currency exchange
for the past 2 months RM improved/stregthen significantly against USD & of course against Gulf currencies including SR.  dulu RM1 = SR1.  Last Feb 2010 RM1 = SR1.10, end April 2010 RM1 = SR1.18...last friday on 7 May 2010 weaken a bit RM1 = SR1.15..so tak yah risau sgt sbb org m'sia mmg dapat lebih bila tukar duit kat saudi.  money changer banyak kat medinah & mekah, nearby masjid & hotels. 
 
Dobi
charge utk dobi ranging from SR3 (singlet), SR5 (t-shirt), SR7 (seluar), SR10 - SR15 (jubah) per piece depending on type.  tapi bukan satu problem besar sbb kita bukan nak basuh baju tiap2 ari, cuaca kat sini panas kering, angin kuat & susah nak berpeluh..baju pun tak kotor la sgt..kami dulu pun kumpul 3 - 4 ari nyer baju kotor baru hantar dobi, i.e before depart for mekah kami hantar dobi so that sampai kat mekah senang nak susun baju sbb semua bersih..
 
Raudah di masjid nabawi
ada perbezaan ketara antara masjid nabawi & masjidil haram dari segi male/female traffic.  di masjid nabawi, lelaki & pompuan masuk pintu asing2 & takkan berjumpa di dlm masjid.  tempat solat pompuan dah dikhaskan & guarded by female guards.  tempat pompuan solat ialah di dua penjuru bahagian belakang masjid & spacious areanya. noni b'tahu guard pompuan strict. hp tk leh bwk masuk. botol kosong besar pun tk leh cz takut bwk kuar byk air zam2. dlm masjid nabawi penuh ngan air zam2 mcm masjidil haram.
 
lelaki boleh ziarah, solat, baca quran di raudhah anytime..manakala masa tuk pompuan terhad ; waktu pagi & waktu malam (pas isyak). so, seeloknya muslimah pakat ramai & pergi dlm group.
 
org pompuan hanya akan dibenarkan masuk ziarah & solat di raudah selepas pekerja2 masjid memasang partition/penghadang putih di dlm masjid, this to make sure pompuan & lelaki tak bercampur.  raudah terletak di bahagian depan masjid & tempat solat pompuan kat belakang.
 
bagi org lelaki setiap kali selesai solat fardu, kawasan raudah akan jadi terlebih sesak sbb semua org akan lalu kawasan tu nak ziarah makan nabi yg juga terletak berhampiran raudah.  sebaiknya kita focus berdoa minta Allah mudahkan segala urusan waktu tu juga, InsyaAllah, doa kat di kedua2 tanah haram ni laju feedbacknya.  amat2 menarik bila berada kat area raudah melihat seni bina asal masjid sbb kawasan lain masjid dibina dizaman moden..original area & tempat yg asal semuanya terletak dibawah kubah hijau masjid nabawi (rumah rasulullah, masjid asal, mimbar, makam nabi + abu bakr + umar).
 
di mekah lain, di masjidil haram agak terbuka konsepnya walaupun masih ada pintu khas & tempat solat utk pompuan..unlike masjid nabawi, di masjidil haram lelaki & pompuan akan sentiasa bertembung di dlm masjid. 
 
dan lain-lain
banyak kedai makan & runcit berdekatan masjid di medinah & mekah.  pharmacy pun ada. selalunya masa umrah ni ejen pun akan book hotel berdekatan masjid jugak. so, ubat2 yg biasa cam panadol tu ada dijual..tapi elok juga bawa dgn kita sikit esp minyak urut sbb kita mmg banyak berjalan esp di mekah, umrah & seterusnya tawaf2 sunat.  rasanya dah kena start joging/masuk gym waktu ni..on average ibadah umrah will take about 2 hours to complete..saei is quite challenging sbb jaraknya tp bole stop berehat kejap & minum air zam2 yg disediakan.
 
student m'sia ramai gak kat univ medinah. kami dulu pun engage service haji2 muda ni utk tujuan ziarah..mengikut kata ustaz2 ni, kalu nak wakaf quran kat masjid nabawi, make sure quran tu dicetak di kilang di medinah sbb semua quran dlm masjid nabawi dibuat disitu & mempunyai tali berwarna kuning..sbbnya digate2 masjid nabawi ramai org jual quran bagi tujuan wakaf tapi bukan dicetak di kilang quran di medinah & kebanyakannya mempunyai tali berwarna biru. quran2 yg bukan dicetak di medinah akan lambat laun dikeluarkan dari masjid nabawi.
 
by the way, perjalanan medinah ke mekah lebih kurang 400 km..Bir Ali adalah meqat ihram/haji yg paling jauh, panjang la sikit kena jaga pantang larang but managable & masa tu boleh imagine nabi dulu berpantang berhari2 dari medinah ke mekah dgn menaiki unta..noni pun dlm ihram dlm 5 hari before habis period...:-). ya la kan..ujian utk setiap org lain...
 
lastly, almost setiap kali selepas waktu solat di masjid nabawi & masjidil haram akan disusuli dgn solat jenazah..do not miss the opportunity solat jenazah sbb pahalanya sebesar bukit uhud.  take note that solat subuh di sini tak de doa qunut & selesai setiap solat imam tak baca doa utk semua, masing2 baca doa masing2.
 
ok lah...selamat beribadah & semoga mendapat umrah yg mabrur..
 
anyah & noni.

Email dari Qatar - Panduan untuk Umrah


DARI ANYAH & NONI
" kami cuma nak share benda2 remeh temeh yg kekadang terlepas pandang :
 
1) jgn lupa bawa karung yg ada tali kat atas tu, utk letak selipar sbb kalu letak kat luar masjid mungkin tak jumpa pas solat. so, selipar tu letak dlm karung n bawa sekali dlm masjid sbb kat dlm ada byk tempat letak selipar, & boleh la smuggle botol mineral yg kosong kalu nak isi air zam-zam.  especially perempuan, setiap pintu masuk di kedua2 masjid ada guard.  they'll check to make sure no handphone, empty bottle & camera are brought into the mosque.  anyah belasah je bawa masuk hphone, botol & camera sekali kat dlm masjid sbb guard kat kawasan lelaki ni jarang nak check pun..
 
2) seeloknya bila sampai kat medinah nnt beli starter pack utk hphone.  kat saudi telecomm provider yg popular ada 2 : Mobily & Zain, lagi jimat kalu nak call m'sia. starter pack boleh dapat as low as SR40 & berlambak2 dijual kat tepi masjid.
 
3) k.cho, ini spesel advise dr noni. jgn lupa mkn ubat tahan period if masa dlm 2 minggu tu masa period. takut period masa nk wat umrah, mcm noni. sedih & terkilan dtg jauh2 tak dpt wat. tp noni hari tu sempat wat..alhamdulillah, cumanya kena berpantang ihram lama..satu lagi, jgn lupa niat umrah bersyarat masa miqat di Bir Ali, Dzulhulaifah. and, kt masjid nabawi, masa utk org pompuan visit raudhah terhad, session pagi & malam (pas isyak). so, session pagi dtg awal..kul 7 pagi and session malam seeloknya stay pas solat isyak utk lawat & solat di raudhah.  kena sabar tunggu org ramai nk masuk raudhah tapi berbaloi..
 
4) kat sini dah mula summer, suhu now is between 35C - 40C, so boleh expect bulan june suhu akan bertambah, esp kat mekah, sbb mekah lebih panas dari medinah.  spek hitam mmg kena bawa..esp waktu zohor di mekah, teramat silau lantai mar-mar putih di masjidil haram waktu tu.
 
5) di both masjid nabawi & masjidil haram disediakan air zam-zam yg banyak di serata masjid, ada yg sejuk & yg biasa.  air zam-zam sejuk mmg best esp bila ari panas, tapi elok disulam dgn air zam-zam biasa sbb minum air sejuk waktu musim panas boleh sakit tekak n batuk.
 
6) ada restoran melayu, D'saji di Safa Tower kt mekah, dekat sgt dgn masjidil haram.  kekadang boring mkn package boleh la g Safa Tower ni..
 
7) kat mekah ramai peminta sedekah, ada yg sampai tarik2 baju esp kat org melayu m'sia n indon sbb we're perceived as soft n polite..kalu nk bagi sorok2 sikit sbb kalu yg lain nampak, diorg kejar n minta jugak..n be careful dgn fake beggars. ramai bebudak kecik yg berlakon tangan tak de (diorg lipat n sorok tgn kat tengkuk) n menjerit2 minta sedekah.
 
8) always bargain semasa beli brg..
 
9) kalu nak beli kurma, better beli kat medinah sbb lebih murah. eg: kurma nabi di mediah bout SR80/kg compared to SR100/kg di mekah.  reason being, kurma nabi ditanam di medinah,  tanah di medinah mmg lebih subur n ladang kurma terbaik di medinah.
 
10) dobi kat mekah & medinah charge per piece not by weight..setiap kali kami hantar dobi dulu tak pernah kurang dari SR100 (termasuk baju bebudak)..
 
11) tempat mustajab doa di masjidil haram : multazam , hijr ismail, makam nabi ibrahim, bukit safa & bukit marwah (banyak buku umrah tak memasukkan bukit safa & marwah).
 
by the way, cho & kak cho nnt tinggal kat hotel mana di mekah & medinah?
 
wassalam,
 
anyah & noni

Selamat Hari Ibu - tiada kad dari luqman

Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, anak-anak sibuk menyiapkan kad ucapan untuk ibu. Selalupun kad -kad yang mereka tulis akan membuat hati ini cukup tersentuh.

Semalam kami menyambut hari ibu di rumah Opah. Alhamdulillah opah berkesempatan ada di rumah. dari minggu lepas lagi opah sibuk. ramai jiran buat kenduri. Abah belikan buah dan kek. ibu belikan kain sepasang(Aiman pilih). Rasa syukur sangat Allah masih beri peluang untuk kami meraikan hari ibu especially untuk abahkan.

Walaupun sekejap aje berada di rumah opah kami semua happy. Semasa dalam perjalanan pulang ibu baca message dari Luqman.  "ibu, Selamat Hari Ibu... Thanks 4 everything." Aduhhh.... sayu nya terasa, walaupun dia tiada di sisi, di sekolah... ingat juga nak wish ibu. Alhamdulillah.... Allahhuakbar. Pelihara dan lindungla kami sekeluarga dari azab api neraka dan masukkanlah kedalam golongan orang yang beriman.

Next day nya baru dapat kad dari Aiman, kak Yang and Irfan. kad terbesar dalam sejarah hidup ni. Sebesar kad Manila. Ditampal di pintu bilik ibu. Thanksss...