Wednesday, October 3, 2012

Luqman Masuk U

Udah sebulan Luqman masuk UiTM. Semasa belum masuk u , hari hari pening tengok dia buang masa tidur dan mengadap komputer. Rasa sayang sangat masa yang ada tak di guna.
kini setelah di masuk U terasa pulak kehilangan Luqman. Kalau dulu balik aje, luqman akan buka pintu dengan muka bangun tidor. Soalan yang pasti keluar dari mulut... luqman dah sidai baju? buang sampah? semuanya dah... ini maknanya abah dah cakap suruh buat... kalau jawapannya tidak maknanya dia tidak disuruh ah.. umpana pemukul sekali ketuk sekali masuk. hari hari kena bagi tau. Aduhh..

Kini Luqman tiada lagi menjadi peneman diwaktu tenghari.Apabila balik terasa benar sunyinya, tiada soalan nak di ucap... sedih juga. Tak apala ... luqman sedang berjihad

Kini Kembaliiii....

Lama betul tidak menghidupkan blog ini, sibuk dengan tugasan mengurus jabatan sehingga tak berkesempatan untuk melakukan apa yang perlu digilapkan. 

Kini udah kembali membaca dan menulis... muda-mudahan dapat meneruskan penulisan kisah keluarga ku ini.

Tahfiz mesir

7 Disember 2012, dijangka penerbangan ke Mahaad Tahfiz Mesir. Terkejut sebenarnya kerana terlalu awal. kak Ngah baru aje habis SPM dan K Yang akan bertolak pergi. Boleh ke kami sekeluarga menghadapinya? Sebenarnya Irfan juga akan tuurt serta bersama K yang untuk mengaji disana, tetapi disebabkan masa yang terlalu hampir... kami saya irfan ditangguhdulu. biarla K yang gi dulu.