Showing posts with label anak anak. Show all posts
Showing posts with label anak anak. Show all posts

Sunday, March 3, 2019

sibuk luqman nak beli baju hitam.. kata untuk dikir sekolah. Emm.. kami cari sampai ke Padang Besar, baru dapat. Susah cari baju anak yang saiz dewasa dan kanan-kanak.
Satu lagi nie, boleh ke Luqman berdikir? Tak pernah tengok dia goyangkan badan pun.. rasanya mestikeras macam Mawi.

Kami sampai ke tempat pertandingan agak lewat, kerana pergi ambil keputusan peksa dulu, keputusannya alhamdulillah, ada peningkatan. Mudah mudahan dia akan terus berusaha lagi. Sampai di sana sudah hampir selesai upacaranya, ... jadi menunggu result aje. Alhamdullilah dapatla no. 2 bagi dikir, bagi nasyid no 1 dan syarahan pun no. 1.

Monday, March 10, 2014

Skyping

Inila muka mereka pada mula mula.skyping

Wednesday, October 20, 2010

AFTER UPSR and PMR

Alhamdulillah,  untuk tahun ini, semua exam besar sudah selesai. Anak anak happy sangat. Walaupun result belum keluar aku rasa sikit puashati kerana kesungguhan yang telah mereka tunjukkan. Pelbagai aktiviti yang telah kami rancangkan , antaranya masuk tahfiz, bercuti ke langkawi, jemput Ona tinggal dirumah kesah supaya mereka boleh gi Lost world, then nak buat parti untuk Aiman and the geng and so on...tapi nampaknya semuanya ditundakan dahulu kerana pihak sekolah telahpun pelbagai aktiviti. Hari hari kesekolah bagaikan tempat mainan. mereka bangun dan bersiap lebih awal dari hari biasa kerana semangat untuk menyertai aktiviti sekolah. salah satu aktiviti semalam adalah hari kantin, yang mana ibubapa menyumbangkan juadah dan mereka menjualnya. Hasil jualan akan digunakan untuk menaja aktiviti mereka. Jadi aku dikerah oleh sofiah untuk membuat cup cake.Hasilnya...ten-ten... sofiah dah pandai mengicingkan kek. Mungkin kerjaya yang sesuai ... hemm Chef  kotttt.

Tuesday, October 5, 2010

Sekali lagi memenuhi hajat Si Sofiah dan Irfan nak ke Kandang Kambing Pak Cik Zul, kali kedua saya ke sana. Kandang ini baru masuk kambing dalam seminggu yang lalu(today 14/7/08), anggaran kambing-kambing yang ada dalam 40 ekor, ada dua anak kambing yang baru seminggu dilahirkan...comel sangat...
My girl Sofiah sangat sukakan binatang,dia nak jadikan "pet".
Sebelum sampai ke ladangnya kami melalui Stud Farm(tempat letak kuda lumba ), cantik-cantik kudanya.

Kandang kambing nie besar .. rasanya boleh muat 500 ekorla(anggaran bagi yang tak pro)Tempatnya sangat bagus, ada laluan air atau anak sungai mengalir dan yang paling best the kids boleh mandi... dah jadi macam anak orang asli la kat situ. Best asyik main lumpur, hari nie air agak keru kerana baru hujan lebat. Apa Irfan kisah.. enjoy your day.
Thanks to my beloved family, relatives and friends for the doa-doa yang diaminkan. Semoga sama-sama kita beroleh kejayaaan di sisi Allah swt. Amin. Love you all

Kolam udang

13 Julai, memenuhi hajat si Irfan ke Kolam Pancing Udang d'Mesah Gopeng. Kami pergi awal pagi, kira kira 11 kilometer dari rumah kami. Tiada pelanggan lagi, hanya kami berlima aje yang conquer the zone. Very nice place, sunyi sepi, bersih dan menarik. I thought it's going to be hot and sunny but ...

Sunday, October 3, 2010

Penangan Exam

Esok Aiman akan mula menghadapi exam PMR. Dia memang study..tapi tak leh lepas juga tengok crite Korea. Mulanya tak nak bagi tengok... yela kita pun penat study nak release juga... jadi bagi jugala. Good luck to anak-anak ibu.

Sofiah udah merdeka. Baru aje habis UPSR. Sekarang sibuk mengambil exam KRS, hafazan and so on... Hari-hari main games. Main-main hinggakan si irfan pun turut sama meraikan kemerdekaan kakaknya. Irfan lupa diri sebentar, habis semua games dia ikut main sedangkan exam finalnya minggu depan. Huhhhh... itulah untungnya jadi Irfan.
Luqman baru aje talipon, katanya dia pun exam hari selasa ni.  Abah kata study betul-betul. tak nak lagi dapat teruk. Semoga Allah sentiasa merahmati dan menyayangi anak-anak ibu... love u

Wednesday, August 25, 2010

Rumah kawan

Balik dari sekolah Irfan terus bagi tau dia nak ke rumah kawannya solehuddin, nak buat kerja sekolah. aku bagi reaksi yang mengejukkan
Ibu: eik... nak buat kerja sekolah sampai nak kena gi rumah orang. Mak dia tahu ke?
Ifran: mak dia tahu. Dia bagi nombor talifon lagi.
Pendekan cerita, abah benarkan irfan gi lepas kelas tahfiz.balik aje dari kelas terus dia talipon abah minta tolong antarkan. Abah tiada pilihan maka balikla ke rumah dan ambil irfan untuk ke rumah Solehuddin. Semasa dalam perjalanan abah meluahkan perasannya.
Abah: irfan , abah malula, abah tak kenal keluarga dia.
Dengan penuh serius irfan menjawab: Ala.. abah cuma hantar irfan aje. Irfan lagi malu. Irfan kena masuk rumah dia, kena jumpa dengan mak dia, kakak dia. Lagila malu...

Sunday, August 15, 2010

Kecil atau besar

Irfan yang selalu banyak cakap dan banyak idea kali ni buat Abahnya terdiam.
Abah  :  Irfankan dah besar, kenapa sembahyang Irfan tak nak ambil air sembahyang.
Irfan   :  Tak apa, Irfan kecil lagi.
Abah  : Mana ada Irfan dah besar.
Irfan   : Irfan pun tak faham abah ni, bila Irfan takut , abah kata irfan dah besar bila Irfan nak ke kedai abah kata irfan kecil lagi. huh ! macamana?????
Abah  : hemmm....

MEREKA DAN MEREKA

Dah masuk hari ke lima puasa mereka masih berupaya melakukan tugas tugas dengan cemerlang.Hari ini mereka masuk acara pertandingan di surau. Hasilnya mereka menduduki tempatl;
Hafazan: Kak Ngah  ke - 3, K yang  ke -2 irfan ke - 3. Tilawah K.Ngah ke 2, Irfan -Pertama, Memasak - K yang and K Ngah - Pertama. 

Wednesday, May 12, 2010

Happy BIRTHDAY Kak Yang

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan hidayah Nya buat anak ibu ni. Jadi anak yang solehah. luv U

Tarikh Keramat buat Kak Yang

Macam tak percaya, kak yang bagi tau di aterpilih masuk nasyid. Seumur hidup tak pernah dengar dia nyanyi, kalu nyanyi pun rasanya tak penah kena... aduh... boleh tampar dahi. Bila tiba hari kejadian... nasib masih menyebelahi kami,  just on the right time. Sopiah tengah nyanyi... dupdap jantungku. First time dengar suara kak yang... boleh tahan jugala .. Kumpaulan banat menang tempat ketiga manakala kumpulan aulad pula tempat pertama.
Tahniah kak Yang ... lepas ni pulun study untuk upsr pulak.  Good Luck

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu - tiada kad dari luqman

Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, anak-anak sibuk menyiapkan kad ucapan untuk ibu. Selalupun kad -kad yang mereka tulis akan membuat hati ini cukup tersentuh.

Semalam kami menyambut hari ibu di rumah Opah. Alhamdulillah opah berkesempatan ada di rumah. dari minggu lepas lagi opah sibuk. ramai jiran buat kenduri. Abah belikan buah dan kek. ibu belikan kain sepasang(Aiman pilih). Rasa syukur sangat Allah masih beri peluang untuk kami meraikan hari ibu especially untuk abahkan.

Walaupun sekejap aje berada di rumah opah kami semua happy. Semasa dalam perjalanan pulang ibu baca message dari Luqman.  "ibu, Selamat Hari Ibu... Thanks 4 everything." Aduhhh.... sayu nya terasa, walaupun dia tiada di sisi, di sekolah... ingat juga nak wish ibu. Alhamdulillah.... Allahhuakbar. Pelihara dan lindungla kami sekeluarga dari azab api neraka dan masukkanlah kedalam golongan orang yang beriman.

Next day nya baru dapat kad dari Aiman, kak Yang and Irfan. kad terbesar dalam sejarah hidup ni. Sebesar kad Manila. Ditampal di pintu bilik ibu. Thanksss...

Wednesday, April 21, 2010

Birthday Luqman

In a few days Luqman will celebrate his birthday. so Happy birthday luqman, semoga Allah memberi keberkatan dalam umur yang panjang dan rezeki.

Friday, March 26, 2010

Sekolah Asrama

Setelah menghantar luqman ke asrama, aku rasa dah cukup, tak nak bagi anak masuk asrama jauh-jauh dah. Letih. Kena hantar, rush nak rebut bas, terlepas bas kena gi hantar ke Teluk Intan la pulak, aduh .. nasib baik lan ada, kalu dia masuk hutan , ... entahla apa aku nak buat. aku pun tak bagi dia gi hutan kalu luqman kena balik asrama. huhuhu..

 Dulu masa dia dok sarjana tak terasa sangat, kerna dekat agaknya dan jarang balik. Kini jauh dan selalu balik. Bukan tak suka dia balik, sangat suka, tapi sayang masa dia, sepatutnya banyak benda boleh buat kat asrama kalu duduk sana. Banyak buang masa. Pihak sekolah should do something.

Anakku anakku luqman, tak banyak ibu dan abah minta, jadilah anak yang soleh, buat apa yang Allah suruh jauhi apa yang Allah larang.

Tuesday, November 10, 2009

Pengapit


DAH LAMA TAK TENGOK LUQMAN SENYUM... SEMUA NAK TENGOK ITU SEBAB UPLOAD

Saturday, August 29, 2009

1st. Ramadhan


Hari pertama puasa kali ini Noni berlepas ke Qatar, kami tak dapat ngantar dia sekeluarga, Lan deman, tak daya nak bawa kreta. hanya doa aje yang mampu kami iring dia sekeluarga ke sana. Selagi kita hidup perjuangan harus diteruskan tak kiralah di mana kita berada.

Hari tu juga memberi pengajaran yang paling besar buat irfan, dia tak sabar nak buka puasa, di tambah pula ada lauk favorite dia, ikan keli... apa lagi baru masuk beberapa suap dah tercekik tulang ...kesian sangat, perut masih kosong.. dah tak dapat nak telan, sakit katanya..maka keluarla juga petua-petua antarabangsa antaranya, irfan kena pusing pinggan dan berselawat sehingga hilang rasa sakit, kedua minum air dari tudung periuk. kesian betui.. terlepok , tak larat nak makan ... air mata aje yang mampu mengalir .

Alhamdulillah, dengan izin Allah akhirnya dia dah tak sakit lagi, tapi dah hilang untuk selera makan.

Esoknya dia dah tak berani nak makan cepat-cepat, sikit aje makanan yang di sentuhnya, katanya SABARRRR... mudah-mudah dia ingat sampai bila-bila.

Ramainye cucu opah berpuasa

Dah masuk hari yang ke lapan barula sempat bebuka di rumah Opah, dah lama tak berkumpul ramai-ramai. Hari ni menu dari Ita dan Azmeer, tak cukup pasar Ramadhan Sungai siput, di tambah lagi dengan pasar Ramadhan Kuala. Memang seperti jangkaan suamiku, kalau bagi Ranita beli, memang tak penah sikit, jadi aku tak jadi nak tambah banyak-banyak kuih.

Bila kami sampai waktu berbuka baru aje masuk,... memang seperti yang dikatakan ... macam-macam ada. Ye la orang KL balik kampung. Kalau ada anyah and Noni lagila, penuh rumah, kali nie dia orang berpuasa di Qatar, pekena nasi Arab. Si An and Joe pun tak dapat balik.. yang ada kat rumah nie pun dah rasa riuh sangat. kali ini anak-anak sibuk main kat luar, dah tak duduk depan TV, asyik main basikat si Nabila dengan yana. Seronok dia orang... besar pahala si yana ngan Nabila...

Nampaknya Luqman akan jadi iman tetap cucu-cucu opahla, kalu tak ada Luqman mungkin si Yasser(get ready)..Alhamdulillah, dah lahir sorang iman dalam keluargaku...


Peristiwa menyayat hati kali ini bila tengok si Putih kena menangis bila tangannya masuk selumbar. sian dia nangis sampai tertidur.




Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kami sekeluarga jarang buka puasa dirumah... asyik buka puasa di surau, bukau tujuan nak save belanja, tapi banyak kelebihan, semuga mendapat rahmat Allah ta'ala.

Monday, August 24, 2009

Kek pertama Kak Yang and Kak Ngah



Dalam kesibukan urusan harian berkerja, aku lupa anak-anak ku yang sedang bercuti dan berpuasa di rumah. Tiba-tiba ring tone talipon aku berbunyi."HOME"...emmm apala pulak ni. "Ibuuu. boleh ke Kak Yang buat kek? hemmm.. apa ye nak aku cakap, tahu ke nak buat tu? k.yang tahu. oklah . Aku bagitau resipinya dan aku yakin dia boleh buat, walaupun dalam hati aku tak yakin tekniknya tak akan betul. untuk ikut resipi memang senang, tapi nak dapatkan tekniknya aje yang susah. memang aku yakin kek ini tak akan menjadi, tapi kalu dia tak cuba dia tak akan tahu. Biarla rugi sikit tak apa... asal dia belajar dari kesilapan dia. Dari segi keselamatan aku yakin kerana ada maid yan boleh tolong tengokkan, dan lagi aku sokongan kuat dari kak ngah yang selalu kena buli dengan k.yang.. sure tak jadi masalah.

Yang pastinya dia berani nak mencuba.
baru aku teringat , agaknya dia kesian kat Hasanah yang buat kek tak jadi, jadi dia pun nak buat bagi kat Hasanah, maka dapatla Hasanah rasa juga walaupun bantat...GOOD WORK KAK YANG and KAK NGAH

Sunday, August 2, 2009

Birthday Irfan yang ke 8

tahun nie Fan dah tak malu-malu lagi nak sambut b'day. Dia dah tak sabar nak jemput kawan-kawan. Seperti biasa dia hanya bagi ajak kawan-kawan dia aje. kawan kak yang x leh. tapi k.yang marah dia jd dia diam ajela. menu kali nie lebih banyak dari tahun lepas pasai tahun nie ada masa nak buat, sambutnya hari sabtu jadi bolehla masak. Buatla bihun goreng, laksa, kek, dan bla bla...Emmm sungguh tak patut yang dia orang pulun makan hanyala nugget and fries. Next time kena fikir selera dia anak anak. walaubagaimanapun habis juga semuanya.





Acara tahun nie di serikan oleh alunan suara angklung dari k. yang. bolehlaaa.... tak apa hanya di rumah aje. Anyway thank you k.yg. Ops lupa nak bagi tau! mungkin k yg rasa dia dah besar @ dah tahu erti B'day org lain maka buat kali pertama dia tk minta hadiah untuk dia juga. tidak tiap tiap tahun dia mesti claim untuk dia satu. Tahun nie magic dah berlaku kat k. yg.

Irfan masih belum faham banyak benda tapi lagaknya macam orang dewasa, so... yang dewasa nie perlula sabar. Hadiah untuk irfan tahun nie belum beli lagi...tapi dah banyak benda dia dapat . hampir apa yang diminta dituruti oleh abahnya. Mungkin sebab itu dia tk tau nak minta pa lagi.

InsyaAllah Ibu dan Abah akan sentiasa doakan Irfan dan anak anak ibu yang lain menjadi anak anak yang soleh dan solehah. Dirahmati dan diberkhati dalam kehidupan ini. Dimurahkan rezeki dan disihatkan tubuh badan. Semuga Allah sentiasa melindungi dan menyanyangi kita sekeluarga, saudara-saudara kita dan semua umat islam. Aminnn...
LOVE U ALL