Wednesday, October 20, 2010

Pilih dan memilih

Hidup adalah satu pilhan. kehidupan sehari hari yang kita lalui adalah atas pilihan kita. Bangun pagi kita buat pilihan nak gi kerja atau tidak, nak buat kerja atau tidak. bila nak selesaikan dan segalanya kita yang memilihnya. And at the same time , ada juga halangan dan rintangan, tapi bila kita fikirkan balik ianya datang pun atas pilihan yang kita buat.
macam ada satu buku cerita yang pernah aku baca dulu, kita yang membuat keputusan jalan mana nak kita lalui. Apakah benar semuanya begitu?

Pencen awal

Masih ada belasan tahun untuk aku service for gomen, tapi semangat dah luntur... asyik fikirkan pencen aje.tapi sebelum pencen aku kena fikirkan bagaimana nak pastikan kedudukan ekonomi keluarga terjamin. tengah sibuk fikir caranya...

AFTER UPSR and PMR

Alhamdulillah,  untuk tahun ini, semua exam besar sudah selesai. Anak anak happy sangat. Walaupun result belum keluar aku rasa sikit puashati kerana kesungguhan yang telah mereka tunjukkan. Pelbagai aktiviti yang telah kami rancangkan , antaranya masuk tahfiz, bercuti ke langkawi, jemput Ona tinggal dirumah kesah supaya mereka boleh gi Lost world, then nak buat parti untuk Aiman and the geng and so on...tapi nampaknya semuanya ditundakan dahulu kerana pihak sekolah telahpun pelbagai aktiviti. Hari hari kesekolah bagaikan tempat mainan. mereka bangun dan bersiap lebih awal dari hari biasa kerana semangat untuk menyertai aktiviti sekolah. salah satu aktiviti semalam adalah hari kantin, yang mana ibubapa menyumbangkan juadah dan mereka menjualnya. Hasil jualan akan digunakan untuk menaja aktiviti mereka. Jadi aku dikerah oleh sofiah untuk membuat cup cake.Hasilnya...ten-ten... sofiah dah pandai mengicingkan kek. Mungkin kerjaya yang sesuai ... hemm Chef  kotttt.

Tuesday, October 5, 2010

Jangan Terlalu Mengharap

Setiap ibu dan bapa pasti mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak, begitu juga bagi orang yang tersayang. Harapan kadangkala akan menyebabkan kita kecewa. Berdasarkan pengalaman, kita jangan terlalu mengharap , doala semoga orang yang kita sayang sentiasa dirahmati dan disayangi Allah. Bila dia disayangi oleh Allah sudah pasti Allah akan memberi yang terbaik untuk nya. Good luck. Life is too short. Don't make it hard.
Artikel datangnya dari seorang sahabat, Untuk renungan bersama....


APA PUNCA ANAK DERHAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. 'Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun
. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)' dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

'Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan 
. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka'.Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . 'Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. 'Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.' Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan 'bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka'. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL 

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
 

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? 'Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.'

HUBUNGAN DENGAN BAPA
 


Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. 'Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.' Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.'


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
 

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? 'Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,' jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. 'Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. 'Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


Ada
 sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers 

Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
 Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari
 (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
 (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
 (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan 
, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
 (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda,
 cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya 
.
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri
 . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya
..Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.Keuikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. K emungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka
 . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real d alam dunia mereka..
15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda
. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna
. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
 Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja
. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Sekali lagi memenuhi hajat Si Sofiah dan Irfan nak ke Kandang Kambing Pak Cik Zul, kali kedua saya ke sana. Kandang ini baru masuk kambing dalam seminggu yang lalu(today 14/7/08), anggaran kambing-kambing yang ada dalam 40 ekor, ada dua anak kambing yang baru seminggu dilahirkan...comel sangat...
My girl Sofiah sangat sukakan binatang,dia nak jadikan "pet".
Sebelum sampai ke ladangnya kami melalui Stud Farm(tempat letak kuda lumba ), cantik-cantik kudanya.

Kandang kambing nie besar .. rasanya boleh muat 500 ekorla(anggaran bagi yang tak pro)Tempatnya sangat bagus, ada laluan air atau anak sungai mengalir dan yang paling best the kids boleh mandi... dah jadi macam anak orang asli la kat situ. Best asyik main lumpur, hari nie air agak keru kerana baru hujan lebat. Apa Irfan kisah.. enjoy your day.
Thanks to my beloved family, relatives and friends for the doa-doa yang diaminkan. Semoga sama-sama kita beroleh kejayaaan di sisi Allah swt. Amin. Love you all

Kolam udang

13 Julai, memenuhi hajat si Irfan ke Kolam Pancing Udang d'Mesah Gopeng. Kami pergi awal pagi, kira kira 11 kilometer dari rumah kami. Tiada pelanggan lagi, hanya kami berlima aje yang conquer the zone. Very nice place, sunyi sepi, bersih dan menarik. I thought it's going to be hot and sunny but ...

Monday, October 4, 2010

Doa Tentang Kehidupan


اللهُمَّ  أكْثِرْ  مَالِي  وَوَلَدِي  ، وَبَارِكْ  لِي  فِيمَا أَعْطَيْتَنِي ،
وَأَطِلْ  حَيَاتِي  عَلَى طَاعَتِكَ  ، وَأَحْسِنْ  عَمَلِي  ، وَاغْفِرْلِي

Ya Allah , banyakkanlah hartaku dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yanga Engkau kurniakan . Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadapMu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku  . [1]
[1] HR al-Bukhari dalam adab al-mufrad no 653 dan dianggap sebagai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no 2241. HR al-Tirmizi no 2329 dan dianggap sahih di sisi para muhaqqiqun.

Sunday, October 3, 2010

Penangan Exam

Esok Aiman akan mula menghadapi exam PMR. Dia memang study..tapi tak leh lepas juga tengok crite Korea. Mulanya tak nak bagi tengok... yela kita pun penat study nak release juga... jadi bagi jugala. Good luck to anak-anak ibu.

Sofiah udah merdeka. Baru aje habis UPSR. Sekarang sibuk mengambil exam KRS, hafazan and so on... Hari-hari main games. Main-main hinggakan si irfan pun turut sama meraikan kemerdekaan kakaknya. Irfan lupa diri sebentar, habis semua games dia ikut main sedangkan exam finalnya minggu depan. Huhhhh... itulah untungnya jadi Irfan.
Luqman baru aje talipon, katanya dia pun exam hari selasa ni.  Abah kata study betul-betul. tak nak lagi dapat teruk. Semoga Allah sentiasa merahmati dan menyayangi anak-anak ibu... love u