Sunday, April 4, 2010

Jangan runsing dengan tugas hari esok

Dah hampir setahun aku memegang jawatan sebagai PKJ, banyak yang aku pelajari dari tugas harian ini. Hari-hari ada aje tugas yang tak menentu. Kita sentiasa kena ready dengan perkara-perkara yang tiba-tiba datang. Apa yang telah aku pelajari, jangan runsing atau rasa tertekan dengan kerja yang kita baru dapat. Bertenang dan rilex, jangan panik, bila sampai masa kita buat apa yang termampu. Selama ini kita pun dapat lakukan dengan baik, jadi jangan risau. Kalu rasa tak mampu, berdoalah. ALLAH itu tahu apa yang terbaik buat kita.  Nak pinjam kata-kata yang aku dapat dari blog kak M

Janganlah engkau memberatkan hatimu ketika ini dengan beban-beban hari esok kerana kadangkala beban hari esok itu tidak datang sedangkan engkau telah mengorbankan masa senangmu sekarang ini. (M Al Siba'i)

No comments: