Balik dari sekolah Irfan terus bagi tau dia nak ke rumah kawannya solehuddin, nak buat kerja sekolah. aku bagi reaksi yang mengejukkan
Ibu: eik... nak buat kerja sekolah sampai nak kena gi rumah orang. Mak dia tahu ke?
Ifran: mak dia tahu. Dia bagi nombor talifon lagi.
Pendekan cerita, abah benarkan irfan gi lepas kelas tahfiz.balik aje dari kelas terus dia talipon abah minta tolong antarkan. Abah tiada pilihan maka balikla ke rumah dan ambil irfan untuk ke rumah Solehuddin. Semasa dalam perjalanan abah meluahkan perasannya.
Abah: irfan , abah malula, abah tak kenal keluarga dia.
Dengan penuh serius irfan menjawab: Ala.. abah cuma hantar irfan aje. Irfan lagi malu. Irfan kena masuk rumah dia, kena jumpa dengan mak dia, kakak dia. Lagila malu...
No comments:
Post a Comment