Akhirnya penantian telah berakhir, kami bersyukur sangat dengan apa yang telah diperolehi oleh Sofiah. Terima kasih kepada semua mualimah dan mualim yang telah berjaya mendidik anak ku menjadi anak yang solehah. Selepas dapat keputusan Sofiah kami terus ke secret recipe, meraikan kejayaan Sofiah. Sofiah senyum memanjang. Kak nyah yang selalunya suka memeram dirumah pun terpangil untuk meraikan bersama. Petangnya mereka ke Bowling centre dan bershopping sakan juga. Bagi kami suami isteri, Sofiah telah memberi yang terbaik dari hasil didikan yang diterima. Beliau bukan hanya berjaya akademik tapi juga berjaya menjadi anak dan insan yang disenangi semua. Semuga Allah terus melindungi dan menyayangi anak anak ku.
Walaupun penat terpaksa meyiapkan kerja sehari awal, menghantar plan selepas waktu kerja ke Shah Alam dan pulang semula pada pukul 2 pagi semata mata untuk bersama Sya menerima result kami rasakan ianya sangat sangat berbaloi. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa bersama dan merahmati kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment