to address some concerns raised :-
currency exchange
for the past 2 months RM improved/stregthen significantly against USD & of course against Gulf currencies including SR. dulu RM1 = SR1. Last Feb 2010 RM1 = SR1.10, end April 2010 RM1 = SR1.18...last friday on 7 May 2010 weaken a bit RM1 = SR1.15..so tak yah risau sgt sbb org m'sia mmg dapat lebih bila tukar duit kat saudi. money changer banyak kat medinah & mekah, nearby masjid & hotels.
Dobi
charge utk dobi ranging from SR3 (singlet), SR5 (t-shirt), SR7 (seluar), SR10 - SR15 (jubah) per piece depending on type. tapi bukan satu problem besar sbb kita bukan nak basuh baju tiap2 ari, cuaca kat sini panas kering, angin kuat & susah nak berpeluh..baju pun tak kotor la sgt..kami dulu pun kumpul 3 - 4 ari nyer baju kotor baru hantar dobi, i.e before depart for mekah kami hantar dobi so that sampai kat mekah senang nak susun baju sbb semua bersih..
Raudah di masjid nabawi
ada perbezaan ketara antara masjid nabawi & masjidil haram dari segi male/female traffic. di masjid nabawi, lelaki & pompuan masuk pintu asing2 & takkan berjumpa di dlm masjid. tempat solat pompuan dah dikhaskan & guarded by female guards. tempat pompuan solat ialah di dua penjuru bahagian belakang masjid & spacious areanya. noni b'tahu guard pompuan strict. hp tk leh bwk masuk. botol kosong besar pun tk leh cz takut bwk kuar byk air zam2. dlm masjid nabawi penuh ngan air zam2 mcm masjidil haram.
lelaki boleh ziarah, solat, baca quran di raudhah anytime..manakala masa tuk pompuan terhad ; waktu pagi & waktu malam (pas isyak). so, seeloknya muslimah pakat ramai & pergi dlm group.
org pompuan hanya akan dibenarkan masuk ziarah & solat di raudah selepas pekerja2 masjid memasang partition/penghadang putih di dlm masjid, this to make sure pompuan & lelaki tak bercampur. raudah terletak di bahagian depan masjid & tempat solat pompuan kat belakang.
bagi org lelaki setiap kali selesai solat fardu, kawasan raudah akan jadi terlebih sesak sbb semua org akan lalu kawasan tu nak ziarah makan nabi yg juga terletak berhampiran raudah. sebaiknya kita focus berdoa minta Allah mudahkan segala urusan waktu tu juga, InsyaAllah, doa kat di kedua2 tanah haram ni laju feedbacknya. amat2 menarik bila berada kat area raudah melihat seni bina asal masjid sbb kawasan lain masjid dibina dizaman moden..original area & tempat yg asal semuanya terletak dibawah kubah hijau masjid nabawi (rumah rasulullah, masjid asal, mimbar, makam nabi + abu bakr + umar).
di mekah lain, di masjidil haram agak terbuka konsepnya walaupun masih ada pintu khas & tempat solat utk pompuan..unlike masjid nabawi, di masjidil haram lelaki & pompuan akan sentiasa bertembung di dlm masjid.
dan lain-lain
banyak kedai makan & runcit berdekatan masjid di medinah & mekah. pharmacy pun ada. selalunya masa umrah ni ejen pun akan book hotel berdekatan masjid jugak. so, ubat2 yg biasa cam panadol tu ada dijual..tapi elok juga bawa dgn kita sikit esp minyak urut sbb kita mmg banyak berjalan esp di mekah, umrah & seterusnya tawaf2 sunat. rasanya dah kena start joging/masuk gym waktu ni..on average ibadah umrah will take about 2 hours to complete..saei is quite challenging sbb jaraknya tp bole stop berehat kejap & minum air zam2 yg disediakan.
student m'sia ramai gak kat univ medinah. kami dulu pun engage service haji2 muda ni utk tujuan ziarah..mengikut kata ustaz2 ni, kalu nak wakaf quran kat masjid nabawi, make sure quran tu dicetak di kilang di medinah sbb semua quran dlm masjid nabawi dibuat disitu & mempunyai tali berwarna kuning..sbbnya digate2 masjid nabawi ramai org jual quran bagi tujuan wakaf tapi bukan dicetak di kilang quran di medinah & kebanyakannya mempunyai tali berwarna biru. quran2 yg bukan dicetak di medinah akan lambat laun dikeluarkan dari masjid nabawi.
by the way, perjalanan medinah ke mekah lebih kurang 400 km..Bir Ali adalah meqat ihram/haji yg paling jauh, panjang la sikit kena jaga pantang larang but managable & masa tu boleh imagine nabi dulu berpantang berhari2 dari medinah ke mekah dgn menaiki unta..noni pun dlm ihram dlm 5 hari before habis period...:-). ya la kan..ujian utk setiap org lain...
lastly, almost setiap kali selepas waktu solat di masjid nabawi & masjidil haram akan disusuli dgn solat jenazah..do not miss the opportunity solat jenazah sbb pahalanya sebesar bukit uhud. take note that solat subuh di sini tak de doa qunut & selesai setiap solat imam tak baca doa utk semua, masing2 baca doa masing2.
ok lah...selamat beribadah & semoga mendapat umrah yg mabrur..
anyah & noni.
No comments:
Post a Comment