Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu - tiada kad dari luqman

Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, anak-anak sibuk menyiapkan kad ucapan untuk ibu. Selalupun kad -kad yang mereka tulis akan membuat hati ini cukup tersentuh.

Semalam kami menyambut hari ibu di rumah Opah. Alhamdulillah opah berkesempatan ada di rumah. dari minggu lepas lagi opah sibuk. ramai jiran buat kenduri. Abah belikan buah dan kek. ibu belikan kain sepasang(Aiman pilih). Rasa syukur sangat Allah masih beri peluang untuk kami meraikan hari ibu especially untuk abahkan.

Walaupun sekejap aje berada di rumah opah kami semua happy. Semasa dalam perjalanan pulang ibu baca message dari Luqman.  "ibu, Selamat Hari Ibu... Thanks 4 everything." Aduhhh.... sayu nya terasa, walaupun dia tiada di sisi, di sekolah... ingat juga nak wish ibu. Alhamdulillah.... Allahhuakbar. Pelihara dan lindungla kami sekeluarga dari azab api neraka dan masukkanlah kedalam golongan orang yang beriman.

Next day nya baru dapat kad dari Aiman, kak Yang and Irfan. kad terbesar dalam sejarah hidup ni. Sebesar kad Manila. Ditampal di pintu bilik ibu. Thanksss...

No comments: